salam..
hari ini.. genap 2 minggu aku berniqab.. ye. berpurdah.. memang banyak yang bertanya.. tapi lebih banyak lagi yang lebih suka membuat andaian sendiri seolah2 mereka kenal aku lebih dari aku sendiri..
tapi itu semua bukan permasalahan yang dapat membuat aku mengubah tekad aku dari terus memakainya..
teringat masa sem 2.. aku cuba melakukan satu perubahan yang ketara... dari bertudung selimpang ke bertudung 'straight' dari tudung straight ke tudung labuh, baju yang longgar, tidak lagi menyinsing lengan baju, memakai stokin.. dan dari itu, aku cuba pula untuk berniqab.. ye, aku pernah cuba memakai niqab dulu..
dan sungguh, dengan dalaman yang lemah, tamparan andaian mereka terlalu kuat untuk aku tidak mengendahkan.. tambah2 lagi, bila yang melemahkan semangatku itu adalah mereka yang aku percaya mampu meyakinkan aku.. maka niqab itu aku buka.. dengan hati yang berat...
namun, setelah beberapa ketika aku bermuhasabah, aku tahu, kesilapan itu dari diriku sendiri..
1) mengapa secara terkejut? sepatutnya aku memberitahu mereka terlebih awal..
2) mengapa buat keputusan seorang diri? sepatutnya aku bertanyakan pengalaman dan pandangan dari mereka yang telah pun memakainya dan tidak memakainya..
3) bagaimana untuk aku menangkis andaian dan pertanyaan pelik2 dari mereka? sepatutnya aku melihat dengan ilmu.. bukan melihat melalui mata separa sepet separa bulat ini..
semenjak dari hari itu, aku x pernah memegang, malah menyebut tentang niqab lagi...
semenjak dari hari itu, niqab itu kekal berada dalam almari simpanan ku..
hanya Allah yang tahu, betapa kecewanya aku dengan diri ku sendiri..
hanya Allah yang tahu, betapa hati resah memikirkan..
tapi aku tahu.. deep in side, ada Dia yang akan membantuku..yang sedang membelai hatiku supaya aku kuat dan tidak bersedih lagi.. aku yakin... Dia sentiasa ada..
setelah membina kekuatan.. aku sandarkan harapan pada Yang Maha Mengetahui.. aku meletakkan sepenuh hatiku kepada Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..
setelah dekat 9 bulan aku mencari kekuatan, akhirnya aku mula membuka langkah pertama..
mengapa berniqab??
banyak... terlalu banyak jawapan untuk ini..
aku cuba untuk menjelajah isi2 blog yang lain dan status mereka yang lain yang berkaitan dengan niqab.. dan ye, kebanyakannya hanya menceritakan tentang fungsi niqab yang menutup separuh muka, untuk menutup :-
a) wajah yang cantik
b) wajah yang kurang cantik atau mempunyai kecacatan
c) wajah yang ingin dipamerkan hanya buat mereka yang bergelar zauj kepada niqabi sahaja..
ternyata reason2 ini bagi aku adalah reason yang tidak kukuh.. adakah kerana niqab itu terlihat pada pandangan mata, maka fungsi nya hanya untuk menutup yang nampak di mata sahaja??
ya, aku akui.. itu antara sebab2 untuk mereka memakai niqab.. disebabkan sebab2 ini dikatakan sebab2 utama wanita2 memakai niqab, mereka2 di luar sana memandang niqab ini sebagai sesuatu yang pelik..
kata2 seperti ini boleh wujud dalam pemikiran masyarakat:-
"kau bajet kau cantik sangat ke nak pakai niqab?"
"kenapa nak pakai? kau bukan buruk sangat pon"
"kau nak pikat ustaz2 kan..?? sbb tu kau pakai kannn??"
"eleh... masa pakai ni nampak lah cantik, ayu, anggun, muslimah.... nanti dah bukak, huh! hantu pun lari tengok muka diorang"
bagi aku niqab ini adalah sesuatu yang fungsinya menutup.. menutup apa? adakah muka sahaja?
bagiku niqab ini menutup hati kita.. dan menutup hati mereka..
menutup mata kita.. dan menutup mata mereka..
menutup ruang2 bisikan syaitan kepada kita... dan menutup ruang2 bisikan syaitan kepada mereka..
menutup hatinya dari membawa kecelakaan kepada diri sendiri dan orang lain.....
membantu diri sendiri untuk berubah, dan membantu orang lain dalam menjaga adab bergaul..
kerana itu aku memilih untuk berniqab...
"Benar, setiap kali nk melakukan kebaikan, akan ada tohmahan2 manusia yang krng senang dgn penghjrahan kita..Tapi seandainya niat hijrah itu KERANA ALLAH, maka apa yg kite gusarkan dgn pandangan manusia??"
"sekali kita berniat untuk melakukan kebaikan, jangan tangguh! bimbang kalau2 niat itu adalah hidayah dari Allah sedang kita berpaling dari hidayahNya.. hidayah itu bukan datang selalu, hidayah itu diberi kepada insan2 terpilih"
"kita sedar hidup di dunia ini adalah satu permainan.. hanyalah satu tempat untuk bergurau senda.. dunia ini tidak kekal, hanyalah kebun untuk bercucuk tanam yang mana buahnya akan kita lihat di akhirat yang kekal nanti..
maka apa yang kita kisahkan akan kata2 mereka yang bersifat duniawi, hingga kita lupa pandangan Allah sebagai jaminan ukhrawi"
semoga kalian peroleh manfaat dari kata2 ini sebagaimana saya peroleh semangat dari kata2 ini.. :)
kepada anda yang memakai niqab, jika niat anda betul, maka teruslah memakai...jika niat anda terpesong, teruskan apa yang anda lakukan, tapi tajdidkan niat anda..
kepada anda yang teringin memakai niqab, rujuklah mereka2 yang berpengalaman.. dan rujuklah pandangan mereka2 yang bukan niqabi.. carilah ilmu sebelum anda menjadi seorang niqabi, untuk memperkukuhkan semangat anda..
kepada anda yang tidak punya niat untuk berniqab, ketahuilah, kalian juga menjadi sumber kekuatan bagi niqabi2..
seandainya kalian tidak mampu untuk menjadi sumber kekuatan, saya memohon, janganlah pula kali menjadi sumber kelemahan para niqabi..
'aku lakukan ini keranaMu ya Allah..Mereka bukan bisu untuk aku menyepikan bicara mereka, dan aku bukanlah pekak untuk aku terus mengendahkan kata2 mereka.Namun ya Allah..Berikan aku kkuatan untk melangkah dgn lbh ggah selepas stiap ujian yang Kau berikan'
:)
4 comments:
sebenarnya saya pun ada niat nak pakai niqab tapi macam2 dalam fikiran ni..saya terasa nak mula pakai niqab ni apabila saya dapat biras baru yang berpudah.saya pulak dah kahwin 8 thn.saya pakai tudung labuh jgk..tp saya sangat terpesona dan sejuk mata memandang dia pakai niqab..rasa macam dirahmati je..persoalannya bagaimana saya nak memulakannya..bermacam2 soalan dlm fikiran ni..
sebenarnya saya pun ada niat nak pakai niqab tapi macam2 dalam fikiran ni..saya terasa nak mula pakai niqab ni apabila saya dapat biras baru yang berpudah.saya pulak dah kahwin 8 thn.saya pakai tudung labuh jgk..tp saya sangat terpesona dan sejuk mata memandang dia pakai niqab..rasa macam dirahmati je..persoalannya bagaimana saya nak memulakannya..bermacam2 soalan dlm fikiran ni..
Norazliana Marzuki..
kak ana.. Alhamdulillah.. niat yang baik jangan ditangguh2.. tapi, kena ikut yang mana yang lebih aula.. niqab tu x wajib kalau ikut ahli sunnah waljamaah, cumanya, lebih elok jika pakai.. akan tetapi, kalau dengan memakai niqab akan membawa lebih kemudaratan kepada kita, maka tak usahlah pakai.. ^^ mudahkan Islam..? apapun, sbb kak ana dah ada suami, maka pandangan suami adalah lebih aula.. ada suami yang x bagi, ada suami yang menggalakkan.. :)
iA, semoga diberi lebih banyak lagi petunjuk.. bagaimana nak mula? hmmm.. jujur, saya akui, nak memulakan tu adalah sesuatu yang sangat susah dan memerlukan kekuatan dan ketabahan yang utuh.. tapi dengan adanya keluarga yang menyokong, dan kawan2 yang membantu, maka Alhamdulillah.. sedar x sedar dah 2 bulan rupanya saya berniqab.. ^^ iA, kak ana... mohon kekuatan dengan Allah yang maha kuasa.. sy sendiri pun utk mengumpul sedikit kekuatan yang saya ada ni pon, mengambil masa 9 bulan..huhu... tapi itu saya, dan saya yakin kak ana lebih kuat lagi dari saya! :D
Assalamualaikum, soal niqab ni,sebenarnya nini telah fikirkan nya dlm tempoh 2 3 bulan,mcm2 pndpat serta pandangan yg nini dapat,alhamdulillah, kebanyakkan nya adalah pndpt yg menggalakan. Tetapi apa yg membuat kn nini tkot utk berniqab,adalah, pndgn org luar terhadap kita,sy akui,yg saya bukan seorang begitu patuh terhadap tuntutan agama,ttp sy merasakan niqab itu mampu mengubah hampir keseluruhan cara hidup sy, dan sy meletakkan niqab itu yg teratas sebgai bimbingan sy utk mngawal ptuturan,perbuatan serta pandangan sy, keluarga menyokong tindakan sy, tetapi apa yg membimbangkn adalah pendirian sy utk terus berniqab.
Post a Comment