nuffnang

Friday, February 15, 2013

course ni yang sesuai untuk aku!

assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah 3 hari lelah menggapai kekuatan lepas dapat tahu result,kini aku bangkit... mungkin lelah itu x sepenuhnye pulih, (maybe sebab inhaler yang aku guna belum cukup kuat untuk membuka ruang udara yang sempit di bronchiku? eh? eh? amende ni..??) namun aku sekurang2nya mampu untuk menimbulkan perasaan MAHU BANGKIT dari kegagalan..

sungguh, sakit ni lebih sakit dari sakit2 yang pernah aku alami.. namun Alhamdulillah, Allah itu maha kaya, lalu Dia meminjamkan aku sedikit kekuatan untuk sentiasa tersenyum menggantikan airmata yang sentiasa bersedia untuk menyumbangkan tenaganya.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. sungguh, tarbiyah kali ini penuh hikmah.. tarbiyah kali ini membuka mataku untuk kembali berpijak di bumi yang nyata..

siapa yang tidak futur, bila ujian sebegini menimpa, sedangkan kita expect more kan? dalam 3 hari ini, pernah aku berfikir..
-kalaulah aku ikut kata2 kak Nor, ambik course akaun, mungkin x jadi macam ni
-ke better aku tukar course? ambik dentistry instead of medic memandangkan tu cita2 aku yang terawal
-maybe Allah nk tunjuk yang jalan yang aku ambik ni salah..
-ke tukar ambik cullinary ke? or ambik cikgu?
-ke ambik dirasat ek? nanti boleh jumpa dengan kak pe'ah (rindunye kakak2 dirasat yang sangat baik hati..)

dan Alhamdulillah, bile aku fikir nak bljar dirasat, tetiba terdengar macam seolah2 bunyi gong yang kuat kat hati aku (ok... ini hyperbola) but seriously, seolah2 aku terbang melangit tinggi, lepas tu baru lah aku tersedar yang aku x de sayap.. terfikir... kalau aku ambik akaun, mungkin result aku dari 1st year lagi dah fail... dapat A akaun mse SPM doesnt means that aku akan dapat A sepanjang hidup aku.. tambah2 lagi, aku kureeeeeeng minat bab2 akaun ni... (Allah je yang tahu macam mana menangis2 aku nak bagi telly mse buat akaun.. macam mana sengsara hidup aku study akaun bagai nak rak b4 exam tu sbb takut x dapat A)..o.0
ohhhh... wait a minute... now aku tahu kenapa aku x dapat result yang aku idamkan.. maybe sebab aku x study bagai nak rak sampai nangis2 atas katil? T____T

then... imagining aku, ambik dentist... medic pon tergapai2 cari udara, apatah lagi ambik dentist... SUSAH KOT!! pernah survey and tengok die punye part of study.. pathology of oral, anatomy of oral, nak taw satu2 gigi, urat nye kemana, yang berselirat2 tu.... huuuuuuhhh! TABIK BUDAK2 DENTISTRY!

then... ambik cullinary?? or cikgu? bajet macam kreatif sangatlah kan nak ambik cullinary? macamlah aku ni pandai sangat masak kannnn... macam aku ni reti lah kan nak ngajo2 orang.. dengan aku yang shorthot-tempered ni..(perhatian : ini bukan salah eja..tapi seriously, marah aku sekejap, tapi sekali marah... DUSH!)

study kat dirasat? apa yang aku dengar senior2 dirasat berhempas pulas nak kena hafal itu ini, diorang x apa lah... bahasa arab dah POWER bak anggg... aku dengan arab pon x lepas, tergagap nak cakap dengan baba rumah.. kadang2 angguk2 je.. huh...

then i realize... seriously... bidang yang aku ambik ni adalah bidang yang terbaik untuk aku... kalau x, Allah x kan hanta aku ke sini.. ujian yang aku dapat ni, mne2 budak medic pon rasa... akan rasa punya.. cuma bila, bagaimana, dan berapa je yang membezakan.. ni baru satu... medical student yang lain (senior2) laaaaagi lah.. tapi tabahnya diorang.. TABIK SENIOR2!!

Allah x akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang x mampu hambaNya hadapi.. kalau ujian yang ini aku mampu tersenyum, that means aku KUAT! (sedapkan hati sendiri nampakkkkkkk).. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Allah itu maha mengetahui... siapa kita untuk persoalkan perancangan Allah yang JAUH lebih baik dari kita rancang...

kalau kita akui Allah itu maha bijaksana, kalau kita akui Allah itu maha mengetahui... maka, redhakanlah diri..

tak mudah untuk senyum tatkala musibah menimpa.. namun Alhamdulillah, bibir ini berjaya menjalankan tanggungjawabnya untuk menenangkan hati aku yang sedih.. TABIK SPRING TO MY BIBIR!!

apapun, segala tabik2 itu x mampu untuk melebihi rasa syukur aku pada Allah... sesungguhnya, Dialah yang paling layak mendapat pujian.. ^^\

Alhamdulillah ya Allah... ala kulli hal... Kau tarik nikmat yang Kau pinjamkan satu demi satu untuk memberi aku kenikmatan yang lebih berlipat ganda di hari depan.. aku yakin ya Allah.. Kau mencintai aku, dan mana mungkin Kau akan meninggalkan hambaMu tergapai2 begini... pasti ada jalannya  di mana... :) Kau menarik kekuatan aku 3 hari lepas untuk memberikan 2x kekuatan pada hari ini! Alhamdulillah... Alhamdulillah...

sungguh, makin kuat cinta ini untukMu Ya Rabb!