nuffnang

Sunday, February 10, 2013

saya sedang bercinta!

salam...

Alhamdulillah ala kulli hal..

setiap hari melihat cinta darinya.. x pernah rasa boring.. kadang2 intai langit.. tengok gambar2 rembulan dan bintang yang berkerlipan.. ohh indahnya dunia bila dalam hati ada taman  cinta..

apa?? FATIN ADIBAH BERCINTA?? huh! siapakah gerangannya yang sudi dengan wajah yang tidak keseberapaan ditambah pula dengan hati yang tidak berapa bijak dalam mengatur perasaan cinta yang sedemikian.. adakah beliau bermimpi malah mengigau? nasihatilah dia! sesungguhnya dia berada di alam khayalan! suruh beliau berpijak di bumi yang nyata!

ya, diri ini sedang bercinta... mencintai dan dicintai.... dengan cinta yang sungguh suci..
ya, diri ini sedang belajar merindui.. merindu dan dirindui.... dengan rindu yang sungguh bergelora..

kenapa baru sekarang nak bagitau? adakah baru hari ini kau menemuinya?

tidak.. telah lama.. namun baru hari ini, ku rasakan sungguh dalam cintanya untuk diri ini yang x sempurna..

sebelum itu, biarlah aku menceritakan tragedi hari ini..

tanggal 10 februari, senarai group PBL diumumkan.. dan sungguh, dengan penampilanku yang baru, agak gusar untuk menempuh sem yang baru.. kerana ku tahu, mereka punya bibir untuk berbicara apa yang mereka suka.. aku tidak punya mangga x kira kecil, besar, mangga muda mahupun mangga yang ranum, aku juga tidak punya zip baju, seluar mahupun zip code untuk menutup mulut mereka.. meski ku tahu, bibir itu tanggungjawab mereka, dan setiap satu tanggungjawab mereka akn dipersoalkan nanti..

dalam sem baru ini, hanya ada dua hamba Allah yang berpenampilan sepertiku.. salah satunya sahabat ku, Maryam.. dulu, aku bukan lah antara yang rapat dengannya.. dulu, aku melihat dia dengan ku ada sifat yang jauh berbeza.. dan Alhamdulillah, Allah pertemukan persamaan aku dan dia dalam satu titik permulaan..

di hari pertama dia memakai niqab, itu juga hari pertama aku memakai niqab, tanpa kami rancang..
dan dari hari itu, aku tahu, kekasihku sedang mengaturkan sesuatu yang cukup hebat untukku..

dan hari ini, terbukti.. aturan kekasihku adalah aturan yang paling sempurna sekali..

aku lemah, tidak mudah untuk aku berubah.. lalu Allah kirimkan aku seorang sahabat yang sedang berjuang untuk bersama2 denganku.. Allah tahu, aku bimbang untuk memulakan sem baru ini kerana perubahanku, maka Dia memujuk hatiku untuk kuat dengan cara Dia temukan kami lagi sekali di dalam group PBL yang sama....

romantikkan kekasihku?

di saat aku lemah, ada sahaja hambaNya yang Dia kirimkan untuk menjadi penguatku..

benarlah...

andai kita berhijrah kerana Allah, maka kita akan sampai ke Allah...

jika benar niat kita lillahi ta'ala, maka usahlah bimbang dengan tohmahan manusia... sesungguhnya, Allah mencintai mereka yang berhijrah kepadaNya.. dan dengan cintaNya, Dia aturkan sesuatu yang berwarna warni untuk kita..

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

semoga aku dan Dia dapat setia hingga ke hujung nyawa..

ya Allah, tetapkan cinta ini untukMu... jangan sesekali kau biarkan aku berpaling dari jalanMu..
kerana aku tanpa cintaMu ibarat layang2 putus tali.. :)

No comments: